comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan momentum aliran pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal Rabu selepas hasil Perbendaharaan AS dan indeks dolar turun ke paras terendah dalam tempoh beberapa bulan, kata penganalisis.

Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6415/6465 berbanding dolar AS berbanding 4.6690/6725 pada akhir urus niaga semalam.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata dolar AS susut berikutan kenyataan Gabenor Rizab Persekutuan AS (Fed) Christopher Waller pada Selasa yang cenderung terhadap penurunan kadar faedah.

Waller dilaporkan berkata bahawa beliau semakin yakin bahawa dasar semasa di kedudukan baik bagi meredakan ekonomi serta mengembalikan inflasi AS pada paras 2.0 peratus.

Menurut Innes, kenyataan sedemikian daripada seorang pemimpin Fed hanya mengesahkan lagi kecenderungan pasaran yang sudah bersedia untuk menyaksikan pengurangan kadar faedah pada tahun depan.

“Hasil Perbendaharaan dua tahun AS yang berkaitan dengan jangkaan kadar faedah Dana Fed, mencecah 4.75 peratus iaitu titik terendah sejak Ogos.

“Perkembangan ini hanya menguntungkan ringgit. Oleh itu, tidak menghairankan apabila pasaran memulakan urus niaga di bawah paras utama 4.50,” katanya kepada Bernama.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini