comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit lemah akibat ketidaktentuan parlimen tergantung, lonjakan kes COVID-19 China

Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Ringgit terus lemah berbanding dolar AS sepanjang hari ini berikutan ketidaktentuan akibat Parlimen yang tergantung dan kes COVID-19 China yang melonjak menyebabkan pelabur kurang berminat dalam sesi dagangan hari ini.

Pada 6 petang, mata wang tempatan itu susut kepada 4.5770/5850 berbanding dolar AS 4.5490/5565 ketika ditutup pada Khamis.

Pasaran ditutup pada Jumaat sempena Pilihan Raya Umum ke-15.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ringgit yang lemah didorong oleh reaksi spontan terhadap risiko politik.

Di samping itu, selera risiko Asia menurun selepas berita perintah berkurung di beberapa bandar utama di China.

Negara ekonomi kedua terbesar di dunia itu melaporkan kematian COVID-19 pertama negara itu dalam tempoh hampir enam bulan, menimbulkan kebimbangan mengenai langkah lebih ketat yang mungkin diperkenalkan untuk membendung jangkitan.

“Perintah berkurung China telah menyekat gelombang naratif pemulihan semula ringgit pada minggu lepas,” katanya kepada Bernama. – BERNAMA

Loading...
Terkini