comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Saham, ringgit terjejas jika konflik Palestin-Israel merebak

Israel membalas serangan oleh kumpulan Hamas pada hujung minggu lalu – FOTO Reuters

KUALA LUMPUR: Pasaran saham global, termasuk Malaysia berisiko terkesan jika konflik di Asia Barat antara Hamas-Israel meningkat, seterusnya berubah menjadi perang proksi berskala besar antara Barat diketuai Amerika Syarikat (AS) dengan Iran, demikian menurut penganalisis.

Kenanga Research dalam satu nota penyelidikan berkata, pasaran saham, bon dan komoditi global telah bertindak balas terhadap serangan ke atas Israel oleh kumpulan Hamas pada hujung minggu lalu.

Ia berkata, pasaran saham di seluruh rantau Asia Barat suram dengan indeks penanda aras pasaran saham Israel, Tel Aviv Stock Exchange 35 merosot tujuh peratus, manakala DJIA dan NASDAQ dijangka dibuka masing-masing rendah 0.6 peratus hingga 0.7 peratus berdasarkan harga niaga hadapan secara langsung.

“Terdapat risiko bahawa perang mungkin meningkat dan berkembang menjadi perang proksi skala penuh antara Barat yang dipimpin oleh AS dengan Iran.

“Oleh itu, tidak dapat dielakkan, premium risiko pasaran global, termasuk Malaysia, akan meningkat,” katanya

Sementara itu, Ketua Pakar Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata konflik terbaharu antara Israel dan Palestin dilihat boleh memberi kesan langsung terhadap selera risiko dalam kalangan pelabur, terutamanya jika konflik berpanjangan dan membabitkan kuasa besar.

Beliau berkata, walaupun Israel dan Palestin bukan pengeluar minyak terbesar, tetapi mereka adalah pintu masuk kepada Asia Barat.

Loading...
Terkini