comscore
Tumpuan :
Nasional

PM panggil mesyuarat khas bincang konflik Asia Barat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Saraswathy Kandasami di Konvensyen Antarabangsa dan Sambutan Kelahiran Dr Ambedkar ke-133 di Shah Alam. – FOTO: NSTP

SHAH ALAM: Kerajaan mengadakan mesyuarat khas pada jam 6 petang tadi bagi membincangkan konflik di Asia Barat membabitkan Iran dan Israel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengesahkan perkara itu berkata perbincangan membabitkan beberapa menteri dan pegawai bagi merangka tindakan segera yang boleh diambil untuk meredakan keadaan.

Katanya, peperangan yang sedang berlaku di antara Iran dan Israel berpunca daripada serangan ke atas kedutaan Iran yang melanggar undang-undang antarabangsa dan akan mengundang tindak balas.

“Tapi sikap kita di peringkat antarabangsa, tentulah menuntut supaya dapat di jamin penyelesaian, perdamaian di Asia Barat, kerana apa yang berlaku di sana menjejaskan keamanan dan ekonomi dunia.”

“Dalam mesyuarat itu juga, kita akan membincangkan sama ada untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di Iran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Konvensyen Antarabangsa dan Majlis Sambutan Kelahiran Dr Ambedkar ke-133 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini, hari ini.

Semalam, Iran melancarkan puluhan peluru berpandu dan dron ke atas wilayah diduduki Israel.

Kesan kerosakan masih belum diketahui setakat ini.

Israel sebaliknya menganggap serangan itu sebagai gagal apabila mendakwa berjaya menembak jatuh 99 peratus peluru berpandu serta dron itu dengan bantuan Amerika Syarikat dan sekutu lain.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini