comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Samaiden meterai MoU bangun projek di Kemboja

Samaiden Group Bhd (Samaiden) menerusi anak syarikat milik penuh tidak langsung, Samaiden Energy (Cambodia) Co., Ltd. (Samaiden Energy) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Royal Group Cambodia Co Ltd (RGC).

PETALING JAYA: Samaiden Group Bhd (Samaiden) menerusi anak syarikat milik penuh tidak langsung, Samaiden Energy (Cambodia) Co., Ltd. (Samaiden Energy) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Royal Group Cambodia Co Ltd (RGC).

Ia bagi kerja membangunkan tanah di bersebelahan landasan kereta api yang dikendalikan oleh Royal Railway plc (Royal Railway) untuk tenaga boleh diperbaharui (RE) dan aktiviti ekonomi mampan yang lain.

Syarikat dalam kenyataannya berkata, MoU itu turut membabitkan Management Venture Asia (Cambodia) Ltd (MVA) dan Panna Energy Sdn Bhd (Panna).

RGC yang berpangkalan di Phnom Penh ialah syarikat pegangan pelaburan strategik Kemboja dengan perniagaan yang terdiri daripada perkhidmatan perbankan dan kewangan kepada media dan hiburan.

Peranan MVA adalah dalam perundingan dan sokongan perniagaan manakala Panna akan memudahkan penyelidikan, pembangunan projek dan pengurusan.

Syarikat itu berkata, di bawah MoU itu, kedua-dua pihak akan mengkaji terlebih dahulu kebolehlaksanaan pembangunan tanah yang tidak digunakan di samping landasan kereta api dari wilayah Poipet ke wilayah Preah Sihanouk untuk pemasangan solar gunung mikro, utiliti, infrastruktur kemudahan untuk penyewaan, penanaman pokok kertas, penanaman sayur-sayuran di rumah hijau, penanaman kacang soya dan aktiviti ekonomi mampan yang lain.

Pengarah Eksekutif Samaiden Energy, Fong Yeng Foon berkata, usaha ini digalakkan oleh sokongan dan inisiatif kerajaan Kemboja terhadap RE dan komitmennya untuk membantu rakyatnya memperoleh pendapatan lebih tinggi melalui projek seperti pembangunan tanah di samping landasan Kereta Api Diraja.

“Samaiden bersedia untuk menawarkan kepakaran kami daripada projek EPCC RE yang merangkumi sistem PV solar dan loji kuasa kepada operasi dan penyelenggaraan serta perkhidmatan perundingan alam sekitar.

“Apa yang lebih penting ialah kajian kebolehlaksanaan bahawa semua pihak dalam MoU bersetuju untuk melaksanakan bidang-bidang yang penting untuk pembangunan ekonomi Kemboja dan pada masa yang sama menyediakan pekerjaan dan kemahiran berharga kepada rakyatnya.” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Loading...
Terkini