comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Sektor e-dagang jana RM289.5 bilion pada suku ketiga

Foto hiasan

PUTRAJAYA: Sektor e-dagang Malaysia mencatatkan pendapatan berjumlah RM289.5 bilion pada suku ketiga, meningkat 5.4 peratus tahun ke tahun pada suku tahun ketiga 2023, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata bagi pertumbuhan suku tahun, pendapatan e-dagang mengekalkan trend positif dengan peningkatan 3.2 peratus.

“Sektor e-dagang Malaysia mencatat pendapatan lebih baik pada suku ketiga tahun ini daripada RM280.5 bilion yang dicatatkan pada suku kedua.

“Bagi tempoh sembilan bulan 2023, e-dagang negara meraih pendapatan terkumpul berjumlah RM861.7 bilion, berbanding RM812.7 yang dicatatkan tempoh sama tahun lalu,” katanya dalam laporan Ekonomi DIgital Malaysia 2023.

Laporan itu dilengkapkan dengan statistik berkaitan e-dagang, sumbangan industri Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kepada ekonomi, capaian dan penggunaan ICT serta prestasi sektor perkhidmatan ICT.

Pada 13 Oktober lalu, DOSM telah menerbitkan Akaun Satelit Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ASTMK) 2022.

Menerusi laporan itu, ICT dan e-dagang menjana nilai ditambah RM412.3 bilion pada 2022 (daripada RM359.3 bilion yang dicatatkan pada 2021 dengan pertumbuhan 14.8 peratus.

Sumbangan ICT dan e-dagang kepada ekonomi negara mencapai 23.0 peratus berbanding 23.2 peratus pada 2021.

Mohd Uzir berkata, prestasi itu disumbangkan oleh Nilai Ditambah Kasar Industri ICT (NDKICT), 13.6 peratus, manakala e-dagang industri lain, 9.4 peratus.

“Bagi pecahan pendapatan e-dagang mengikut segmen pasaran pada 2021, hasil yang dijana daripada pasaran domestik mengatasi pasaran antarabangsa berjumlah RM932.7 bilion dan merangkumi sumbangan 89.9 peratus.

“Sebaliknya, sumbangan kepada pasaran antarabangsa berjumlah RM104.5 bilion, menyumbang 10.1 peratus,” katanya.

Loading...
Terkini