comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Sentimen pasaran tidak jejas minat syarikat ke Bursa Malaysia

Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar. – Foto: NSTP

Oleh: Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Walaupun berdepan prestasi kurang memberangsangkan — Bursa Malaysia yakin dapat menarik lebih 35 syarikat untuk disenaraikan di pasaran saham tempatan, tahun ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Wahid Omar menjelaskan setakat ini, terdapat 17 syarikat yang telah disenaraikan sejak Januari, dengan lima daripadanya di papan utama.

“Dari segi sentimen ini, ini bergantung kepada sentimen global, rantau dan domestik dan kami percaya bahawa sekiranya syarikat-syarikat yang tersenarai fokus kepada memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi mereka. insyallah  apabila sentimen pasaran kembali, harga saham mereka akan naik dan sebagainya,” katanya selepas majlis penyenaraian tawaran awam permulaan (IPO) SkyWorld pagi tadi.

Jelasnya, walaupun sentimen pasaran tidak menentu, tujuan syarikat ke Bursa Malaysia adalah untuk mendapatkan dana.

Justeru, jumlah syarikat yang membuat tawaran awam permulaan, IPO dijangka tidak terkesan kerana adanya keperluan meraih dana untuk berkembang.

Pagi tadi, menyaksikan Skyworld menjadi yang ke-17 disenaraikan ke papan utama Bursa tahun ini.

Tan Sri Wahid menambah, prestasi Bursa Malaysia dijangka pulih apabila kadar faedah global menjadi lebih stabil, seterusnya mengembalikan minat dan aliran masuk asing ke rantau ini.

“Seperti saya sebut, pelabur perlu fokus kepada asas ekonomi. Apabila ekonomi AS, Eropah dan United Kingdom lebih stabil, mereka tidak lagi, akan menaikkan kadar faedah dan ini akan menyebabkan pengaliran dana balik ke pasaran membangun,” katanya.

Pada paras bawah 1,400 mata, beiau menambah indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada kadar PE (nisbah harga kepada pendapatan) berganda bagi pasaran sekitar 12 kali sahaja.

“Ini lebih rendah berbanding PE sejarah iaitu 16 kali. Jadi sekali lagi, melihat kepada jangka panjang, menangani asas dan selepas kita melabur untuk jangka sederhana serta panjang, ia pasti akan kembali.”

Loading...
Terkini