comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Sesi pembukaan saksi ringgit lemah berbanding dolar AS 

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan dagangan pagi ini rendah berbanding dolar AS selepas mata wang AS terus mengukuh berikutan data ekonomi yang menggalakkan, kata seorang pakar ekonomi.

Pada 9 pagi, unit tempatan menyusut nilai kepada 4.6630/6670 berbanding dolar AS daripada 4.6525/6580 pada penutupan Khamis.

Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata pergerakan menaik dolar AS didorong oleh data Jualan Rumah Sedia Ada Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi daripada jangkaan.

“Laporan itu membantu mengukur kekuatan pasaran perumahan AS dan merupakan penunjuk utama kekuatan ekonomi keseluruhan selain bacaan kukuh itu turut membantu meningkatkan lagi dolar,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata bank pusat utama di seluruh dunia meneruskan pendirian mereka terhadap kenaikan kadar faedah untuk meredakan inflasi.

“Kami percaya trajektori menurun boleh dijangkakan bagi ringgit berbanding dolar AS sepanjang hari,” katanya.

Dalam pada itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.  — BERNAMA

Loading...
Terkini