comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Teleport peroleh modal pertumbuhan US$50 juta untuk perluas penghantaran rentas sempadan

Teleport peroleh modal pertumbuhan baharu US$50 juta

KUALA LUMPUR: Teleport, cabang logistik Capital A Bhd, telah memperoleh modal pertumbuhan baharu sebanyak US$50 juta (US$1=RM4.40) daripada pelabur kredit institusi besar untuk memperluas keupayaan penghantaran rentas sempadannya di semua pasaran utama Asia Tenggara (SEA).

Dalam satu kenyataan hari ini, Capital A berkata Teleport akan menggunakan dana itu untuk mendapatkan kapal kargo tambahan, membina hab kritikal di Indonesia, Filipina dan Malaysia serta melabur lebih jauh dalam teknologi yang membolehkan sesiapa sahaja untuk ‘Teleport It’ dalam masa 24 jam di seluruh Asia Tenggara.

Ketua Pegawai Eksekutif Teleport Pete Chareonwongsak berkata kunci kepada kepimpinan Teleport dalam tempoh tiga tahun akan datang ialah memperluas liputan rangkaian melalui udara dengan kapal kargo A321F pada suku pertama tahun depan; menghubungkan pengilang, pengeksport dan e-dagang dengan mudah dan terus ke mana-mana pasaran Asia Tenggara.

“Misi kami dari hari pertama adalah untuk menyampaikan secara konsisten dan lebih baik. Kami percaya bahawa jika kami menjamin kelajuan hari berikutnya pada kos yang berpatutan, semua orang akan memilih untuk ’Teleport It’.

Teleport telah meningkatkan bahagian pasaran intra-SEA empat kali ganda dari segi volum kargo daripada 2.0 peratus pada 2021 kepada 9.0 peratus pada suku ketiga 2022, dan mengembangkan perniagaan e-dagangnya sebanyak enam kali tahun ke tahun.

Ia juga kini memberikan perkhidmatan kepada tiga daripada pasaran terbesar di Asia Tengggara iaitu Shopee, Lazada dan Zalora. – BERNAMA

Loading...
Terkini