comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Tontonan pengguna beralih kepada platform OTT – iQIYI

Pengurus Negara iQIYI Malaysia, Singapura dan Brunei, Dinesh Ratnam. – NSTP/Aziah Azmee

KUALA LUMPUR: Pandemik COVID-19 yang melanda global termasuk Malaysia sejak 2020 dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) telah mengubah gaya tontonan orang ramai.

Pengurus Negara iQIYI Malaysia, Singapura dan Brunei, Dinesh Ratnam, berkata jika sebelum ini saluran TV konvensional menjadi tumpuan utama orang ramai tetapi sejak pandemik gaya tontonan itu telah berubah kepada platform penstriman atau Over The Top (OTT).

Beliau berkata, pengukuhan jalur lebar juga memainkan peranan dalam pengukuhan platform OTT ini di Malaysia.Katanya, berdasarkan data iQIYI Malaysia, tontonan platform OTT juga berubah dari Lembah Klang kepada kawasan luar Lembah Klang terutamanya di Pantai Timur Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.

“Pandemik telah mengubah gaya tontonan orang ramai. Peralihan pantas teknologi termasuk langkah kerajaan memperkasakan jalur lebar turut memainkan peranan utama.”Ketika ini platform OTT menjadi pilihan utama sekaligus meningkatkan permintaan untuk kandungan dari Asia,” katanya kepada BH baru-baru ini.

Dinesh berkata, iQIYI Malaysia menunjukkan lonjakan positif dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini sekali gus menjadikannya platform OTT itu antara pilihan utama pengguna Malaysia.

Beliau berkata, pertumbuhan positif itu adalah disebabkan platform OTT menyediakan ruang Video on Demand (VOD) dan penstriman pelbagai untuk seisi keluarga.Malah katanya, gaya hidup ketika ini yang sentiasa menggunakan telefon pintar turut menjadi faktor utama tontonan OTT.”

OTT ini menyediakan pelbagai fungsi yang membolehkan orang ramai memilih kandungan yang ingin ditonton dan sesuai untuk seisi keluarga.

“Gaya tontonan melalui telefon pintar juga menjadikannya pilihan. Satu keluarga boleh menonton kandungan kegemaran mereka secara berasingan dalam satu masa,” katanya.

Dinesh berkata, walaupun iQIYI masih baru di Malaysia sejak tiga tahun lalu tetapi ia telah merekodkan jumlah muat turun kandungan yang tinggi sebanyak 10 juta.

Beliau berkata, iQIYI juga menjadi platform penyedia kandungan paling tinggi di Malauysia pada 2020 dan 2021 selain menjadi platform OTT yang menyediakan kandungan utama dari Asia.

Malah katanya, iQIYI turut menjalin kerjasama erat dengan penyedia kandungan tempatan dalam memasukkan kandungan tempatan di platform iQIYI dan menyediakan kandungan baru.

BERITA HARIAN

Loading...
Terkini