comscore
Tumpuan :
Dunia

67 juta kanak-kanak terlepas perlindungan vaksin

NEW YORK: Kira-kira 67 juta kanak-kanak seluruh dunia terlepas daripada mendapat sebahagian atau sepenuhnya vaksin rutin antara 2019 dan 2021.

Ia rentetan penutupan dan gangguan penjagaan kesihatan berpunca daripada pandemik COVID-19.

Menurut Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (UNICEF), keadaan itu menyebabkan hasil usaha lebih sedekad dalam pemberian imunisasi rutin kanak-kanak terus terhakis.

Dan untuk kembali ke landasan ia dianggap amat mencabar.

Daripada 67 juta kanak-kanak, sejumlah 48 juta terlepas daripada memperoleh vaksin rutin sepenuhnya, sekaligus mencetuskan kebimbangan mengenai risiko wabak polio dan campak.

Liputan vaksin dalam kalangan kanak-kanak merosot di 112 negara dengan Afrika dan Asia selatan menjadi negara paling terjejas.

Mengikut data, vaksin mampu menyelamatkan 4.4 juta nyawa setiap tahun..

Dan PBB meramalkan ia mampu melonjak kepada 5.8 juta menjelang 2030 jika sasaran sebenar dicapai.

Loading...
Terkini