comscore
Tumpuan :
Dewan Rakyat

400 Laman Sesawang Pornografi, Pedofilia Sudah Disekat

| Oleh Syafiqah Damanhuri

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah menyekat 400 laman sesawang berkaitan pedofilia dan pornografi kanak-kanak setakat Ogos lalu.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, ia susulan peningkatan kes eksploitasi seksual kanak-kanak di alam maya.

Tindakan itu ujarnya hasil kerjasama pihak kementerian dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MCMC.

“Kementerian bekerjasama untuk mengukuhkan dan memperkasakan penguatkuasaan iaitu dengan kerjasama rapat PDRM khususnya Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) terutama berkaitan dengan siber,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) berhubung usaha kementerian bagi mengatasi masalah eksploitasi seksual kanak-kanak di alam maya disebabkan lambakan pelbagai aplikasi tidak bermoral dalam talian.

https://youtu.be/cP1JulvbGm0

Siti Zailah berkata, kementerian mengambil pendekatan melaksanakan program advokasi, pencegahan, intervensi dan perkhidmatan sokongan sosial bagi mencegah jenayah seksual dalam talian terhadap kanak-kanak.

Ia termasuklah melaksanakan Program Jelajah Kasih Kanak-Kanak Prihatin Rakyat yang membabitkan kanak-kanak seluruh negara serta memperkasakan peranan Majlis Perwakilan Kanak-Kanak (MPKK) untuk mempromosi dan menyampaikan maklumat berkaitan Kempen Membanteras Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-Kanak kepada komuniti setempat.

Loading...
Terkini