comscore
Tumpuan :
Dunia

1.4 juta akaun media sosial ditutup

BEIJING: Disebabkan maklumat salah, mengaut keuntungan secara haram dan penyamaran pegawai kerajaan, 1.4 juta akaun media sosial di China ditutup.

Tindakan itu dibuat Pentadbiran Ruang Siber China (CAC) selepas siasatan selama dua bulan.

“Kita menutup 67,000 akaun media sosial dan memadam ratusan ribu hantaran antara 10 Mac hingga 22 Mei sebagai sebahagian daripada kempen pembetulan yang lebih luas.

“Daripada jumlah itu, hampir 8,000 (akaun) ‘dikeluarkan’ kerana menyebarkan berita palsu, khabar angin dan maklumat berbahaya.

“Selain itu, kira-kira 930,000 akaun lain menerima hukuman kurang berat iaitu penggantungan atau pembatalan keistimewaan mengaut keuntungan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat lalu.

CAC berkata, kempen terbaharunya mengesan hampir 13,000 akaun tentera palsu dengan nama seperti Komando Tentera Merah China, Pasukan Antipengganas China dan Pasukan Peluru Berpandu Strategik.

“Kira-kira 25,000 akaun lain disasarkan membabitkan menyamar sebagai institusi awam seperti pusat kawalan penyakit dan pencegahan.

“Hampir 187,000 (akaun) dihukum kerana menyamar sebagai perniagaan media berita, manakala lebih 430,000 (akaun) dikatakan menawarkan nasihat profesional atau perkhidmatan pendidikan tanpa mempunyai kelayakan profesional berkaitan.

“Kira-kira 45,000 akaun ditutup kerana isu hangat, mengejar pengaruh dan kewangan haram,” katanya.

Sejak 2021, China menyasarkan menutup berbilion akaun media sosial dalam usaha untuk membersihkan ruang sibernya dan memudahkan pihak berkuasa melakukan kawal selia.

Tindakan keras terkini menyasarkan akaun pada aplikasi media sosial China yang popular termasuk WeChat, Douyin dan Weibo yang dikategorikan sebagai media kendiri.

Ia adalah istilah secara umum merujuk kepada akaun yang menerbitkan berita dan maklumat tetapi tidak dikendalikan atau diluluskan kerajaan.

Loading...
Terkini