comscore
Tumpuan :
Dunia

10 korban banjir di Greece

FOTO: REUTERS

THESSALY: Banjir buruk di Greece meragut 10 nyawa susulan Ribut Danial yang melanda negara itu sejak tiga hari lalu.

Ribut terburuk dalam tempoh 120 tahun di negara itu menyaksikan kemusnahan besar dengan ratusan penempatan penduduk ditenggelami air.

Paras air dilaporkan meningkat sehingga tiga meter di kawasan tertentu.

FOTO: REUTERS

Sekurang-kurangnya empat individu hilang dan ratusan yang lain dikhuatiri masih terperangkap di kediaman  masing-masing

Kerja-kerja membantu mangsa terus giat dijalankan pasukan penyelamat

Operasi turut melibatkan jentera helikopter dengan hampir 300 penduduk berjaya diterbangkan ke lokasi selamat

Banjir mengakibatkan banyak kawasan tanam-tanaman musnah sekali gus mengakibatkan kerugian besar dalam sektor pertanian. – REUTERS

Loading...
Terkini