comscore
Tumpuan :
Dunia

Pengedar kokain dalam buruan akhirnya ditahan di Colombia

Foto Reuters

COLOMBIA: Seorang lelaki warganegara Perancis didakwa pengedar dadah paling dikehendaki pihak berkuasa Eropah akhirnya ditahan di lapangan terbang Colombia pada Rabu.

Penahanan itu berdasarkan notis merah Interpol yang dikeluarkan untuk Diallo Ahmadou Boye, 32 tahun yang juga dikenali sebagai ‘Mbappé’.

Boye merupakan individu paling diburu di Eropah selain turut dipercayai menjadi ketua kartel pengedaran kokain pada skala besar.

Menurut Pengarah Siasatan Jenayah dan Interpol, Jeneral Jose Luis Ramirez, alkaloid yang diseludup telah dihantar dari Amerika Selatan ke pelabuhan-pelabuhan di Eropah dan Afrika.

Siasatan mendapati operasi jenayah ini berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu.

Boye telah diserahkan kepada Peguam Negara menggunakan waran tangkap untuk tujuan ekstradisi yang diminta oleh pihak berkuasa Perancis atas pelbagai kesalahan jenayah.

Loading...
Terkini