comscore
Tumpuan :
Dunia

10 maut, 38 cedera tembakan rambang di 3 lokasi

FOTO: Reuters

FORT WORTH: Angka maut meningkat kepada 10 orang susulan insiden tembakan rambang di 3 lokasi di Amerika Syarikat.

Mangsa cedera juga meningkat kepada 38 orang.

Tiga bandar terlibat adalah Philadelphia, Fort Worth dan Baltimore.

Pihak berkuasa tempatan melaporkan, insiden berkenaan berlaku ketika perayaan kemerdekaan pada 4 Julai.

Dalam serangan di Fort Worth, tiga terbunuh dan lapan cedera, manakala di Philadelphia, lima maut dan dua lagi cedera, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dan seorang remaja lelaki 13 tahun.

Sementara dalam insiden di sekitar kawasan penempatan di Baltimore, dua maut dan 28 orang cedera dengan separuh daripadanya kanak-kanak.

Menurut pihak berkuasa, setakat ini motif ketiga-tiga insiden masih belum jelas.

FOTO: Reuters

Polis mendapati suspek bersenjatakan senapang AR-15.

Berdasar rekod, lebih 340 insiden tembakan rambang di Amerika Syarikat sepanjang 2023.

Dalam pada itu, Presiden Joe Biden mengutuk keganasan yang berlaku dan mengulangi seruan untuk memperketat undang-undang senjata negara itu.

Loading...
Terkini