comscore
Tumpuan :
Dunia

Operasi letupan alih struktur runtuhan jambatan Baltimore

BALTIMORE: Operasi letupan dilakukan atas runtuhan jambatan di Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat bagi mengalihkan sebahagian struktur runtuhan yang menghempap kapal kontena dalam insiden pelanggaran, 26 Mac lalu.

Kerja-kerja memasang bahan letupan membabitkan sekumpulan pakar yang terdahulu memeriksa runtuhan jambatan sebelum letupan dilakukan sekitar jam 5 petang waktu tempatan, sekaligus memudahkan usaha pembersihan sisa runtuhan.

Serpihan jambatan yang lebih kecil akan dialihkan dengan menggunakan kren untuk membolehkan kapal terbabit dibawa keluar dari kawasan selat.

Kapal kontena berkenaan menyekat hampir semua akses ke pelabuhan Baltimore sejak enam minggu lalu.

Dalam tragedi pelanggaran itu, jambatan Francis Scott Key, iaitu laluan transit utama ke pelabuhan Baltimore yang sibuk runtuh selepas kapal kontena Dali kehilangan kuasa dan melanggar tiang sokongan, meragut nyawa enam pekerja pembinaan jalan raya. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini