comscore
Tumpuan :
Dunia

10 maut, puluhan cedera kemalangan bas di Cameroon

Foto tangkap layar

YAOUNDE : Seramai 10 orang dikhuatiri maut, manakala berpuluh-puluh lagi cedera dalam kemalangan ngeri membabitkan dua kenderaan di wilayah Cameroon, pada Jumaat, menurut saksi dan polis.

Kemalangan itu berlaku apabila sebuah bas yang membawa lebih 30 penumpang berlanggar dengan sebuah trak di kawasan Obala di wilayah itu, lapor Xinhua.

“Sebahagian daripada penumpang bas akan menghadiri majlis pengebumian. Ia satu tragedi,” kata seorang saksi kejadian.

Polis berkata siasatan rasmi berhubung kejadian itu sedang dilakukan.  — BERNAMA-XINHUA

Loading...
Terkini