comscore
Tumpuan :
Dunia

10 maut, 30 cedera bas terhumban ke dalam sungai di Sri Lanka

Sumber : https://www.adaderana.lk/

COLOMBO: Sekurang-kurangnya 10 penumpang terbunuh dan lebih 30 cedera selepas sebuah bas terhumban ke dalam sungai di Sri Lanka.

Ketika kejadian bas terbabit dalam dalam perjalanan dari Polonnaruwa yang terletak di wilayah tengah menuju ke Kaththankudy.

Menurut Jurucakap Polis Nihal Thalduwa, bas itu  melanggar Jambatan Kotaleeya di Manampitiya sebelum terhumban ke dalam Sungai Mahaweli.

Tambah beliau, mayat mangsa dan mereka yang cedera dibawa ke Hospital Polonnaruwa.

Laporan awal mendapati kecuaian pemandu menjadi punca kepada nahas itu. – BERNAMA-XINHUA

Loading...
Terkini