comscore
Tumpuan :
Dunia

10 penjenayah maut ditembak polis Mexico

Foto: Reuters

MEXICO: 10 ahli kumpulan kartel dadah maut dalam kejadian tembak-menembak dengan polis di lebuhraya utara Mexico.

Dalam kejadian di lebuhraya Monterrey-Nuevo itu empat anggota polis turut dilaporkan cedera.

Pertempuran itu dilaporkan tercetus setelah empat anggota polis mula diserang penjenayah, namun kesemuanya kini berada dalam keadaan stabil.

Pihak berkuasa berjaya merampas 12 laras senjata berkaliber besar, bom tangan, ratusan peluru serta tiga trak berperisai.

Serangan berkenaan berlaku tatkala Mexico bergelut dengan keganasan dicetuskan kumpulan kartel dadah selain angka kematian yang tinggi.

Loading...
Terkini