comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] 14 terbunuh dalam banjir buruk di Turkiye

TURKIYE: Sekurang-kurangnya 14 terbunuh dalam banjir buruk yang melanda wilayah Sanliurfa dan Adiyaman.

Taburan hujan melebihi 130 milimeter menyebabkan paras air naik mendadak.

Kenderaan turut dihanyutkan arus deras selepas jalan raya bertukar menjadi sungai.

Pasukan penyelamat bertungkus lumus cuba menyelamatkan penduduk yang terperangkap di dalam bangunan.

Pada masa sama usaha mencari mangsa yang hilang juga giat dilakukan.

Gabenor Sanliurfa, Salih Ayhan menggesa agar penduduk yang tinggal di aras bawah bangunan untuk berpindah

Kedua-dua wilayah dengan kepadatan penduduk 2.7 juta orang itu teruk terjejas akibat gempa bumi kuat 7.8 skala richter pada 6 Februari lalu. — REUTERS / BBC

Loading...
Terkini