comscore
Tumpuan :
Dunia

17 maut bas membawa imigran terbalik

Foto: Reuters Connect

BANDARAYA MEXICO: Sebuah bas yang membawa imigran dari Venezuela, Colombia dan Amerika Tengah terbalik di tengah Mexico hingga mengorbankan 17 orang, semalam.

Menteri Dalam Negeri Puebla, Julio Huerta, berkata kemalangan di lebuh raya itu berlaku ketika bas dengan 45 penumpang terbabit dalam perjalanan menuju ke utara negeri itu.

“15 orang maut di tempat kejadian termasuk pemandu dan pembantu bas dan 15 lagi dimasukkan ke hospital, dan dua daripadanya kemudian meninggal dunia.”

“Lima lagi masih dalam keadaan kritikal,” katanya.

Difahamkan, pendatang sering mengambil laluan berisiko untuk menyeberangi Mexico dalam perjalanan ke sempadan Amerika Syarikat.

Minggu lalu, berpuluh-puluh pendatang terbunuh di Panama selepas bas yang mereka naiki terjatuh dari tebing yang disifatkan sebagai kemalangan terburuk dalam sejarah negara itu. – REUTERS

Loading...
Terkini