comscore
Tumpuan :
Dunia

29 daripada 30 peluru berpandu Rusia dikekang Ukraine

Foto: Reuters

KYIV: Ukraine menembak jatuh 29 daripada 30 peluru berpandu Rusia untuk tempoh 24 jam, dalam serangan yang menyasarkan Kyiv dan wilayah lain.

Perkara itu dimaklumkan pasukan pertahanan udara Ukraine, yang turut menyatakan Rusia melancarkan beberapa gelombang serangan peluru berpandu dari arah berbeza.

Foto: Reuters

Sebanyak 30 peluru berpandu merentas laut, udara dan darat dilancarkan.

Dalam kejadian berasingan, sebuah kereta api yang membawa bijirin tergelincir di Semenanjung Crimea, yang disifatkan pegawai lantikan Rusia sebagai tindakan disengajakan.

Pengendali kereta api memaklumkan kejadian itu berpunca daripada kerosakan dilakukan pihak Rusia.

Loading...
Terkini