comscore
Tumpuan :
Dunia

3 maut, 2 cedera insiden tembakan di universiti

SUMBER: New York Times

AMERIKA SYARIKAT: Tiga maut, manakala dua lagi cedera dalam insiden tembakan di kampus Universiti Virginia, Amerika Syarikat.

Suspek dikenal pasti seorang penuntut, Christopher Darnell Jones yang masih bebas dan disifatkan berbahaya kerana bersenjata.

Susulan itu, beberapa agensi kini giat memburu suspek.

Menurut polis, Jones digambarkan memakai jaket merah pekat, seluar jeans biru dan kasut merah, selain berkemungkinan memandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) hitam.

Pihak institusi menyarankan semua penuntut untuk berlindung dan mematuhi setiap arahan berikutan keadaan belum selamat sepenuhnya.

Insiden itu yang terbaru dalam gelombang keganasan senjata api di kampus kolej dan sekolah menengah di Amerika Syarikat dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Kejadian pertumpahan darah telah mencetuskan perdebatan mengenai isu sekatan lebih ketat terhadap akses senjata api di Negara Uncle Sam itu, berikutan Pindaan Kedua Perlembagaan menjamin hak untuk membawa senjata.

Loading...
Terkini