comscore
Tumpuan :
Dunia

300 amaran banjir dikeluarkan di Britain

LONDON: Beberapa sungai utama di Britain melimpah selepas seluruh negara itu dilanda hujan lebat sehingga memaksa kerajaan mengeluarkan lebih 300 amaran banjir hari ini.

Situasi itu turut mengakibatkan operator pelancongan menghadapi gangguan serius dan sekitar 1,000 rumah terkesan setakat ini.

Ribut yang berlarutan beberapa minggu kebelakangan ini dengan hujan berterusan sejak semalam menyebabkan sungai mula melimpah sehingga banjir sekitar England dan Wales.

Beberapa negara Eropah lain turut terkesan dengan ribut yang menyebabkan banjir.

Di tengah England, Sungai Trent mula melimpah sehingga kawasan sekitarnya banjir, mendorong pihak berkuasa tempatan (PBT) mengisytihar bencana besar.

Menurut Perkhidmatan Bomba London, pihaknya terpaksa memindahkan kira-kira 50 mangsa ke tempat selamat semalam, selepas sebuah terusan di timur ibu negara itu melimpah.

Sementara itu penyedia perkhidmatan kereta api, Great Western Railways memaklumkan laluan rel di tiga bahagian dekat selatan negara itu terpaksa ditutup.

Bencana turut menyebabkan jalan raya di kawasan paling teruk terjejas ditutup.

Hujan diramal berlaku hari ini, membabitkan banyak kawasan, tetapi tidak selebat semalam.

Cuaca lebih kering diramal menyusul. – REUTERS

Loading...
Terkini