
GAZA: Semua 31 bayi pramatang dipindahkan dari hospital terbesar, Al-Shifa, selepas rejim Zionis kini ‘menawan’ kompleks perubatan tersebut.
Langkah itu disahkan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PCRS), yang memaklumkan pasukannya menjalankan pemindahan itu dengan penyelarasan bersama agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), termasuk WHO.
PCRS dalam kenyataan, mengesahkan pasukannya “berjaya memindahkan… 31 bayi pramatang dari Al-Shifa” dan mereka “dibawa oleh ambulans PRCS ke selatan”.
Ketua Pengarah Hospital Al-Shifa, Mohammed Zaqut berkata, pemindahan kesemua mereka bersama tiga doktor dan dua jururawat telah dilakukan.

Persiapan sedang dilakukan untuk mereka masuk ke Mesir.
Hospital Al-Shifa menjadi pusat tumpuan bagi operasi Israel, dengan tentera Zionis mendakwa Hamas menggunakannya sebagai pangkalan.
WHO, dalam pengumuman semalam, berkata ia menghantar pasukan penilaian ke hospital itu dan menyifatkannya ia sebagai “zon kematian”.
Kunjungan itu dibuat selepas ratusan orang melarikan diri dari hospital terbesar di Gaza itu, berikutan apa yang dikatakan sebagai arahan tentera Israel supaya ia dikosongkan.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [VIDEO] Ribuan terutama kanak-kanak ‘bergelut dengan kematian’ di Hospital Al-Shifa
- [VIDEO] Tentera Israel serang Hospital Al-Shifa
- 36 bayi di Hospital Al-Shifa berisiko kehilangan nyawa
- 24 pesakit Hospital Al-Shifa maut ketika Zionis geledah ‘persembunyian’ Hamas
- [VIDEO] Hospital Al-Shifa disahkan sebagai zon kematian – WHO