comscore
Tumpuan :
Dunia

4 maut dalam kebakaran pusat perlindungan kanak-kanak di Brazil

FOTO: Reuters

BRAZIL : Kebakaran sebuah pusat perlindungan kanak-kanak di bandar Recife meragut sekurang-kurangnya empat nyawa.

Tragedi yang berlaku kira-kira jam 4.20 pagi itu turut mengakibatkan 13 lagi individu cedera.

Pasukan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

Seorang kanak-kanak lelaki dan seorang wanita disahkan maut di lokasi kejadian.

Manakala dua lagi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Pusat perlindungan terbabit dikatakan telah beroperasi sejak 30 tahun lalu

Insiden turut mendapat perhatian Datuk Bandar Recife yang bersimpati ke atas nasib mangsa.

Beliau turut berjanji akan menghulurkan sokongan ke atas mangsa. -REUTERS

Loading...
Terkini