comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Isu NATO: Keputusan Turkiye tetap jadi keutamaan – Menteri Luar Sweden

 

Tobias BillstromMenteri Luar Sweden, Tobias Billstrom. – Foto REUTERS

BRUSSELS: Isu pembakaran al-Quran oleh lelaki pelampau di hadapan Masjid Stockholm tidak akan menutup peluang Sweden untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Keyakinan itu disuarakan oleh Menteri Luar Sweden, Tobias Billstrom yang terus menzahirkan harapan agar Turkiye meluluskan permohonan Stockholm untuk menyertai NATO menjelang sidang kemuncak blok berkenaan minggu hadapan.

Billstrom bagaimanapun menjelaskan keputusan akhir permohonan negara terbabit tetap terletak di tangan Ankara.

Ketika ini, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dan Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson mengadakan pertemuan di Vilnius, ibu kota Lithuania dalam situasi yang disifatkan genting buat Stockholm.

Dalam masa sama, Billstrom turut menganjurkan pertemuan dengan Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan dan Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg bagi memujuk Ankara menerima permohonan Sweden sebelum keputusan diumumkan sewaktu Sidang Kemuncak NATO di Vilnius.

SUMBER REUTERS

Loading...
Terkini