comscore
Tumpuan :
Dunia

Ribut taufan luar biasa kuat ‘mengganas’

Foto Reuters

AMERIKA SYARIKAT: Sebuah kereta mengalami kerosakan teruk apabila berlaku kejadian pokok tumbang di Johnston, Rhode Island.

Dalam satu rakaman yang diperoleh agensi berita Reuters, pokok itu secara tiba-tiba tumbang dan mengenai kereta yang berada di garaj rumah penduduk.

Mangsa, Michala Hilario yang dilaporkan berada di ruangan bawah tanahnya rumah sewaktu kejadian turut berkongsi melihat serpihan dan sampah-sarap berterbangan di kawasan sekitar.

Situasi itu dipercayai berlaku setelah ribut taufan yang membadai membawa bersama puting-beliung yang sangat kuat.

Bukan itu sahaja, beberapa kediaman turut mengalami kerosakan.

Taufan dengan kelajuan angin 185 km/j itu dilaporkan tiba di Rhode Island pada Jumaat dan merupakan yang terkuat pernah membadai Amerika Syarikat pada 7 Ogos 1986.

Loading...
Terkini