comscore
Tumpuan :
Dunia

40 maut, puluhan cedera bas bertembung di Senegal

FOTO: AFP

DAKAR: Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh apabila dua bas bertembung, di Senegal .

78 lagi cedera, kebanyakannya parah. Nahas berlaku di kampung Gnivy, di wilayah Kaffrine,kira-kira jam 3:30 pagi.

Sebuah bas awam yang mengalami kerosakan tayar terbabas ke seberang jalan;

Dipercayai bertembung dengan bas lain yang datang dari arah bertentangan.

Presiden Macky Sall menzahirkan takziah kepada keluarga mangsa sususlan kejadian.

Beliau mengisytiharkan tiga hari berkabung mulai hari ini sambil berjanji akan mengadakan pertemuan dengan kementerian untuk membincangkan langkah keselamatan jalan raya.

Loading...
Terkini