comscore
Tumpuan :
Dunia

Ahli parlimen wanita Senegal ditampar cetuskan pergaduhan parlimen

FOTO: AFP

DAKAR: Kekecohan berlaku di parlimen Senegal semalam selepas seorang ahli parlimen pembangkang lelaki bertindak menampar muka seorang ahli politik wanita.

Perbalahan itu berlaku selepas pertikaian yang semakin meningkat antara ahli politik pemerintah dan pembangkang sejak pilihan raya perundangan Julai lalu, di mana parti pemerintah kehilangan majoriti selesa di tengah-tengah kebimbangan Presiden Macky Sall akan memohon untuk penggal ketiga pada 2024.

Semasa pembentangan bajet semalam, ahli parlimen pembangkang Massata Samb meluru ke arah Amy Ndiaye Gniby daripada pakatan pemerintah Benno Bokk Yakaar (BBY) yang kemudian bertindak menamparnya sehingga mencetuskan pergaduhan.

Gniby berindak balas dengan mencampakkan kerusi ke arah Samb sebelum ahli parlimen lain memukulnya ke lantai.

Sesi parlimen itu digantung kerana suasana tegang apabila ahli parlimen saling berbalas pukulan serta menghamburkan kata-kata kesat antara satu sama lain.

Sebelum itu, Samb dikatakan sedang berucap dengan mengulas tentang komen yang dibuat Gniby pada hujung minggu lalu di mana dia mengkritik kepimpinan Presiden Sall yang berpotensi untuk bertanding semula sebagai presiden.

Gniby turut mengejek kenyataannya dan menyatakan dia tidak peduli seterusnya tercetus kekecohan di parlimen itu. – REUTERS

Loading...
Terkini