comscore
Tumpuan :
Dunia

4,156 pelajar terbunuh sejak serangan rejim Zionis di Gaza – Menteri Pendidikan Palestin

4,156 pelajar terbunuh setakat ini susulan serangan udara rejim Zionis Israel sejak 7 Oktober lalu. – FOTO: Reuters

GAZA: 4,156 pelajar terbunuh setakat ini susulan serangan udara rejim Zionis Israel sejak 7 Oktober lalu.

Menurut Menteri Pendidikan Palestin, kesemua pelajar itu ditempatkan di 381 buah sekolah yang sebahagiannya telah hancur dan rosak akibat dibom rejim Zionis Israel.

Terbaharu, sekurang-kurangnya lima terbunuh selepas kediaman mereka dibom dalam serangan udara rejim Zionis Israel pada Selasa.

Memetik laporan agensi antarabangsa, serangan itu berlaku di Deir el-Balah di Gaza.

Sehingga kini, 21,978 penduduk Palestin di Gaza terbunuh manakala 57,697 lagi cedera akibat kekejaman Zionis Israel.

Loading...
Terkini