comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Ibu, anak empat tahun, maut nahas kereta dan lori 10 tan

 

MERSING: Seorang wanita dan anaknya maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori sepuluh tan berhampiran Ladang Paya Munis, Jalan Mersing ke Felda Nitar 1 di sini, hari ini.

Ibu dan anak berusia 4 tahun maut dalam nahas berhampiran Ladang Paya Munis, Jalan Mersing ke Felda Nitar 1, Mersing. – FOTO: Ihsan Bomba

Berdasarkan laporan awal, mangsa yang maut dikenali sebagai, Zubaidah Zakaria, 33, dan anak lelakinya, Uwais Rayyan Mohamad, 4.

FOTO: Ihsan Bomba

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, kejadian jam 7.37 pagi itu membabitkan Perodua Viva dan lori 10 tan.

“Terdapat mangsa tersepit di dalam kereta terbabit dan bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas.

FOTO: Ihsan Bomba

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“Jenazah diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya,” katanya.

FOTO: Ihsan Bomba

Operasi membabitkan dua jentera light fire rescue tender (FLRT) dan sebuah unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing dan Endau diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Anuar Hussine.

Loading...
Terkini