comscore
Tumpuan :
Dunia

 6 kanak-kanak antara 10 maut di Rafah

Foto: Reuters

GAZA: 10 terbunuh termasuk enam kanak-kanak dan dua wanita di kawasan penempatan penduduk Rafah.

Antara serangan lain tentera rejim termasuk di Beit Hanoun di utara Gaza.

Wilayah tengah Gaza pula menyaksikan tentera rejim melepaskan tembakan dari bot ke kawasan berdekatan pantai.

Serangan di lokasi lain di Deir al Balah termasuk beberapa kediaman di Kem Pelarian Nuseirat.

Lapor media Al Jazeera, tentera rejim menghantar lebih ramai tentera di kawasan berhampiran Rafah hari ini.

Foto: Reuters

Tentera yang hadir turut memusnahkan kawasan pertanian milik penduduk di timur wilayah itu.

Pada masa sama, serbuan masuk hari kedua di Kem Pelarian Nur Shams di Tulkarem, Tebing Barat menyaksikan lima terbunuh termasuk seorang remaja.

Berlaku pertempuran antara tentera rejim dengan penduduk Palestin yang turut mengakibatkan kerosakan infrastruktur awam di lokasi terbabit.

Kawasan serbuan lain termasuk di timur Nablus dan barat laut Ramallah yang mengakibatkan sekurang-kurangnya seorang belia Palestin cedera.

Penduduk sekitar turut jadi sasaran ditembak selain dibaling dengan gas beracun. – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini