comscore
Tumpuan :
Dunia

Israel cadang bina 21 penempatan haram di Gaza

FOTO: Reuters

GAZA: Serangan berterusan tentera rejim kini memasuki hari ke-115 dengan jumlah korban kini menghampiri 27,000 orang dengan 25,000 kanak-kanak menjadi yatim piatu.

Israel meningkatkan serangannya ke atas Khan Younis sekali gus mengakibatkan lebih ramai penduduk Palestin terpaksa bersesak ke Rafah.

Tidak cukup dengan itu, hanya sebilangan kecil trak bantuan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB dibenarkan memasuki Gaza.

FOTO: Reuters

Lapor media Al Jazeera, bantuan termasuk air, kemudahan sanitasi dan keperluan hospital ke utara Gaza antara 29 trak yang ditahan tentera rejim.

Kebiadaban Zionis juga terus menjadi-jadi apabila mereka merancang akan membina 21 penempatan haram di Gaza dalam persidangan “Return to Gaza” yang dihadiri pemimpin rejim itu.

FOTO: Reuters

Dalam pada itu tindakan 11 negara menghentikan sumbangan kepada Agensi Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) menambah lagi duka dan keperitan hidup penduduk Palestin.

Antara negara terbabit ialah Australia, Kanada, Jerman, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Jepun.

Justeru penduduk Palestin merayu agar kesemua negara terbabit mempertimbang tindakan itu. – AL JAZEERA

| ARTIKEL BERKAITAN

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini