comscore
Tumpuan :
Dunia

8 termasuk 5 tentera Pakistan terbunuh dalam pertempuran

Foto fail Agensi

ISLAMABAD: Seramai lima tentera Pakistan dan tiga pengganas terbunuh dalam satu pertempuran di wilayah Balochistan barat daya negara itu, lapor Xinhua.

Dalam satu kenyataan, Perhubungan Awam Antara Perkhidmatan (ISPR), bahagian media Tentera Pakistan pada Sabtu malam berkata satu bahan letupan buatan sendiri (IED) meletup di kawasan Buleda di daerah Kech di wilayah itu.

ISPR berkata ia kemudian diikuti dengan pertempuran sengit antara anggota keselamatan dan pengganas mengakibatkan lima tentera dan tiga pengganas terbunuh.

Menurut ISPR satu operasi pembersihan telah dijalankan untuk menghapuskan kehadiran pengganas dari kawasan itu. – BERNAMA-XINHUA

Loading...
Terkini