comscore
Tumpuan :
Dunia

Pakistan beri amaran tindak balas kepada Iran susulan serangan ragut nyawa kanak-kanak

Foto fail Reuters

ISLAMABAD: Pakistan memberi amaran akan bertindak balas dengan Iran susulan serangan rentas sempadan yang meragut nyawa dua kanak-kanak serta mencederakan tiga yang lain di wilayah Balochistan.

Pakistan melalui Kementerian Luarnya mengutuk tindakan itu yang dilihat sebagai pelanggaran ruang udara yang jelas

Lapor media CNN, serangan berlaku ketika semua saluran komunikasi terbuka tanpa sebarang gangguan

Iran dalam kenyataannya menjelaskan, serangan peluru berpandu dan dron itu menyasarkan dua kubu kuat kumpulan militan anti-Iran

Serangan dilakukan selepas Iran melancarkan bedillan ke Syria dan kemudiannya Iraq yang didakwa menjadi lokasi Agensi Risikan Israel, Mossad.

Bulan lalu Iran menuduh kumpulan anti-Iran melancarkan serangan di Sistan dan Baluchistan sehingga meragut 11 nyawa anggota polis. – CNN

Loading...
Terkini