comscore
Tumpuan :
Dunia

Amaran banjir dikekalkan kepada 30 juta penduduk California

AMERIKA SYARIKAT : Amaran banjir dikekalkan kepada kira-kira 30 juta penduduk di California.

Hujan lebat dan angin kencang mencetuskan huru-hara dengan kebimbangan berlakunya bencana banjir serta insiden tanah runtuh.

Susulan itu, Gabenor Gavin Newsom memperluas perintah darurat ke 43 daerah .

Lapor media CNN, ribut yang melanda memaksa penduduk meninggalkan kediaman masing-masing dengan lebih 71,600 amaran berpindah dikeluarkan pihak berkuasa tempatan .

Ratusan penduduk mendapatkan perlindungan di pusat pemindahan sementara menanti keadaan beransur reda. – CNN

Loading...
Terkini