comscore
Tumpuan :
Dunia

Angka kematian di Gaza hampiri 33,000

 

FOTO: Reuters

ANKARA: Seramai 32,975 warga Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober tahun lalu.

Ia dimaklumkan Kementerian Kesihatan di wilayah yang dikepung itu dalam satu kenyataan, tatkala serangan kejam Israel ke atas Gaza memasuki hari ke-180.

Menurut kementerian itu, seramai 75,577 warga Palestin turut cedera dalam serangan rejim.

Dalam tempoh 24 jam lalu, Israel melakukan lima pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga Palestin di seluruh Semenanjung Gaza yang menyebabkan 59 orang terbunuh manakala 83 lagi cedera.

“Banyak mayat masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan dan terbiar di jalan raya manakala pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk sampai ke lokasi serangan,” katanya.

Konflik Israel-Hamas menyebabkan 85 peratus penduduk di Gaza kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah krisis kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan manakala 60 peratus infrastruktur wilayah itu rosak atau musnah.-AGENSI

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini