comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Angka korban serbuan tentera Israel 5 orang, 91 cedera

 

TEBING BARAT: Angka korban serangan tentera rejim Israel di sebuah kem pelarian di Jenin meningkat kepada lima orang dengan lebih 90 lagi cedera

Menurut media Al Jazeera, lokasi serangan adalah berhampiran pembunuhan kejam wartawannya, Shireen Abu Akleh

Serangan bermula awal pagi semalam menyaksikan tentera rejim menyerbu masuk ke dalam kem pelarian dan melepaskan tembakan peluru hidup, gas beracun dan bom tangan pegun

Helikopter tempur juga digunakan selepas ketegangan berlarutan sehingga beberapa jam.

Mangsa yang maut berusia antara 15 hingga 29 tahun

22 daripada mangsa yang cedera pula dilaporkan kritikal.

Jurucakap Media Pertubuhan Bulan Sabit Merah memaklumkan, empat ambulans yang dikerah ke lokasi kejadian turut jadi sasaran selepas ditembak oleh tentera rejim

Tentera Israel pada masa sama mengesahkan tujuh anggotanya cedera dalam serbuan itu.

Operasi dilancarkan bagi memburu dua suspek insiden tembakan di Tebing Barat. – AL JAZEERA

Loading...
Terkini