comscore
Tumpuan :
Dunia

Angkara ‘pizza’ restoran terbakar, akibatkan 2 maut

FOTO: Reuters

MADRID: Dua maut sementara 12 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah restoran di Madrid, Sepanyol.

Menurut pihak berkuasa, kejadian bermula pada lewat malam jumaat di sebuah restoran Itali di kawasan kejiranan Salamanca.

FOTO: Reuters

Datuk Bandar Madrid berkata, dua mangsa yang maut masing-masing seorang pekerja restoran dan seorang pelanggan.

Seorang saksi memaklumkan, kebakaran bermula selepas seorang pekerja restoran membakar pizza dan api secara tiba-tiba merebak dan membakar siling serta dinding restoran.

Jelasnya lagi, kebakaran berlaku berhampiran pintu keluar utama menyebabkan pengunjung sukar melarikan diri.

Punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini