comscore
Tumpuan :
Sukan

“Yalla Vamos” slogan bola sepak Piala Dunia 2030

FOTO: Reuters

LISBON – Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) melancarkan slogan rasmi kejohanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2030 yang bakal berlangsung di Maghribi, Sepanyol dan Portugal, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Ia didedahkan dalam satu majlis rasmi yang dianjurkan di ibu negara Portugal, Lisbon pada Selasa.

Slogan Piala Dunia FIFA 2030 menampilkan frasa “Yalla Vamos” yang ditulis dalam kedua-dua bahasa Arab dan Sepanyol.

“Yalla Vamos” secara umum membawa maksud sesuatu yang menyeronokkan dalam suasana pesta yang meriah.

Persekutuan Bola Sepak Portugal dalam kenyataan menyatakan bekas pemain antarabangsa Luis Figo akan mengetuai duta Piala Dunia 2030 bersama Andres Iniesta mewakili Sepanyol manakala Noureddine Naybet mewakili Maghribi.

Tiga perlawanan pertama bagi Piala Dunia 2030 bagaimanapun dijadual berlangsung di Uruguay, Argentina dan Paraguay bagi memperingati ulang tahun penubuhan FIFA, menjadikan ia edisi pertama Piala Dunia yang dianjurkan di tiga benua berbeza (Afrika, Eropah dan Amerika Selatan).

Edisi Piala Dunia FIFA 2026 pula sebelum itu diputuskan diadakan di Amerika Utara yang dihoskan Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini