comscore
Tumpuan :
Dunia

Arab Saudi benarkan akad nikah di Masjidil Haram, Masjid Nabawi

MAKKAH: Upacara akad nikah kini boleh dijalankan di dua tapak suci Islam iaitu Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Menurut Gulf News, yang memetik akhbar Saudi Al Watan, pengumuman Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi itu adalah sebahagian usaha kerajaan untuk memperkaya pengalaman jemaah haji dan pengunjung ke dua buah masjid suci itu.

Pemerhati berkata inisiatif itu adalah peluang untuk syarikat menghasilkan idea inovatif untuk menganjurkan acara seumpama itu di tapak suci.

Seorang pegawai perkahwinan di Arab Saudi, Musaed Al-Jabri, menjelaskan upacara akad nikah di Masjid Nabawi adalah dibenarkan dalam Islam.

Tambah beliau, Nabi Muhammad SAW diketahui telah mengadakan upacara perkahwinan seorang sahabat di masjid itu.

Menurutnya, ada di antara mereka mempunyai tradisi mengundang saudara-mara pasangan yang bakal menikah.

Akhir tahun lalu, Times of India melaporkan, saban hari semakin ramai umat Islam yang kaya dari luar negara bertandang ke Madinah untuk melangsungkan akad nikah, sebelum menganjurkan majlis perkahwinan secara berasingan.

Bernikah di salah satu daripada dua masjid suci juga dilengkapi dengan faedah tambahan untuk dapat melakukan ibadah umrah yang boleh dilakukan sepanjang tahun.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini