comscore
Tumpuan :
Dunia

Arab Saudi terus salur bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin

Penapis air, bekalan perubatan dan khemah perlindungan antara barangan yang disekat Israel daripada memasuki Gaza. – Foto: Reuters

RIYADH: Pesawat ke-37 yang membawa bantuan kemanusiaan Arab Saudi yang dikendalikan Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief) pada Jumaat berlepas dari Riyadh menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa El-Arish di Mesir.

Bantuan seberat 23 tan terdiri bekalan makanan, khemah perlindungan dan ubat-ubatan untuk dihantar kepada penduduk Palestin yang terjejas di Semenanjung Gaza, menurut Agensi Berita Arab Saudi.

Sumbangan itu merupakan sebahagian daripada peranan kerajaan Arab Saudi dalam menyokong rakyat Palestin yang sedang menghadapi pelbagai krisis.

— BERNAMA

Loading...
Terkini