comscore
Tumpuan :
Nasional

Peruntukan tambahan RM 150 juta : KDN sambut baik, ucap terima kasih kepada Kerajaan

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail / Menteri Dalam Negeri

Oleh : Siti Khadijah Jaafar

PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri, KDN  menyambut baik dan berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian peruntukan tambahan berjumlah RM150 juta kepada dua agensi seliaannya iaitu Polis di Raja Malaysia, PDRM  dan Jabatan Penjara.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata peruntukan itu memberi makna yang besar selain membantu agensi terlibat menjalankan amanah dan tugas melindungi negara.

“Ini jelas memberikan mesej bahawa PM sangat menghargai segala jasa dan pengorbanan agensi penguatkuasa khususnya polis, jabatan penjara dan agensi lain dibawah KDN, dan ini adalah aspek kebajikan yang diberikan tumpuan oleh PM kerana anggota penguatkuasa ini mereka benar-benar menunjukkan dedikasi dan komitmen yang tinggi dalam mengawal setiap inci aspek keselamatan negara kita”, katanya ketika dihubungi Buletin TV3.

Beliau mengulas peruntukan tambahan RM150 juta yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kulim, Kedah semalam.

Peruntukan itu juga jelas beliau menunjukkan keseriusan kerajaan dalam menyediakan persekitaran yang selesa dan kondusif kepada pasukan keselamatan negara.

Sehubungan itu beliau berharap ianya dimanfaatkan sepenuhnya warga PDRM serta Jabatan Penjara sekaligus membantu memperkasakan lagi mutu perkhidmatan mereka kepada negara.

Loading...
Terkini