comscore
Tumpuan :
Dunia

Banjir lumpuhkan bandar Hong Kong, 2 maut

FOTO: Reuters

HONG KONG: Dua maut dalam kejadian hujan lebat dan banjir buruk yang melumpuhkan bandar Hong Kong.

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan, 85 orang cedera dengan dua daripadanya berada dalam keadaan kritikal.

FOTO: Reuters

Sekurang-kurangnya tujuh kejadian tanah runtuh dilaporkan setakat semalam.

Kenderaan penduduk dan jalan raya mengalami kerosakan teruk.

FOTO: Reuters

Keadaan buruk memaksa sekolah dan pejabat ditutup manakala perkhidmatan bas terpaksa dihentikan.

Penduduk dilaporkan tidak sempat membuat persiapan sepenuhnya selepas amaran hujan lebat dikeluarkan pihak berkuasa tempatan dalam tempoh yang singkat.

FOTO: Reuters

Ia hujan paling lebat direkodkan sejak tahun 1884 dengan lebih 600 milimeter hujan dicatatkan di Hong Kong dalam tempoh 24 jam.

Rekod baharu taburan hujan dicatatkan di pusat tadahan di Tsim Sha Tsui. – REUTERS

Loading...
Terkini