
GUJARAT : Ribuan penduduk terpaksa dipindahkan susulan banjir buruk yang melanda wilayah tengah, barat dan timur India.
Kawasan rendah di daerah Bharuch antara yang teruk terjejas di barat Gujarat selepas tebing Sungai Narmada pecah dan air membanjiri kawasan penduduk.
Selain kediaman, beberapa rumah ibadat turut ditenggelami air
Menurut Pihak Berkuasa Tempatan, paras air sungai itu setakat ini berada pada paras 12.2 meter.
Keadaan bagaimanapun kini dikatakan beransur reda.
Turut terjejas ribuan penduduk di negeri Assam yang berdepan kekerapan hujan lebat. – REUTERS