comscore
Tumpuan :
Dunia

Bantuan negara ekonomi kukuh amat diperlukan negara rentan – IMF

BOAO: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyarankan negara berkedudukan lebih kukuh untuk membantu negara rentan terutama yang terpalit masalah hutang.

Ketua Pengarahnya, Kristalina Geogieva, berkata langkah itu amat penting ketika kadar faedah meningkat dan kejatuhan nilai mata wang.

Justeru badan itu amat menyarankan mekanisme global yang lebih pantas lagi cekap untuk menyediakan ‘rawatan’ hutang kepada negara ini.

Kejayaan ini dilihat akan menghapuskan satu sumber penting berhubung ketidakpastian gambaran global dengan mekanisme sedemikian bakal memberi manfaat ketara kepada penghutang dan pemiutang.

Geogieva turut mengalu-alukan pembabitan China dalam Rangka Kerja Bersama dan penyertaan dalam rundingan Meja Bulat Hutang Berdaulat Global yang baharu.
Forum Boao dilihat menonjolkan Asia setaraf dengan Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.

Ia berlangsung di Hainan, China sehingga esok.

Mengulas lanjut, Georgieva berkata semua pihak perlu bekerjasama untuk menggiatkan semula perdagangan antarabangsa berlandaskan kesaksamaan supaya lebih ramai orang mendapat manfaat daripada globalisasi termasuk mempelbagaikan rantaian bekalan berdasarkan logik ekonomi.

Memetik penyelidikan dijalankan IMF, beliau berkata dapatan menunjukkan kos jangka panjang perpecahan perdagangan boleh mencecah setinggi tujuh peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) global.

Loading...
Terkini