comscore
Tumpuan :
Dunia

Bicara kes bayaran tutup mulut yang dihadapi Trump bermula dengan pemilihan juri

FOTO: Reuters

NEW YORK: Donald Trump akan menjadi bekas presiden pertama dalam sejarah Amerika Syarikat (AS) yang dibicarakan atas tuduhan jenayah apabila pemilihan juri bermula pada Isnin dalam kes di New York yang berpunca daripada pembayaran yang dibuat kepada seorang pelakon filem lucah menjelang pilihan raya 2016, lapor Agensi Berita dpa.

Trump, yang merupakan Presiden ke-45 AS dipilih sebagai calon untuk Pilihan Raya Presiden AS 2024 dengan penyandang Presiden Joe Biden pada November, didakwa atas 34 pertuduhan memalsukan rekod perniagaan sebagai sebahagian daripada rancangan yang melibatkan bekas peguamnya Michael Cohen untuk menyembunyikan bayaran US$130,000 yang dibuat kepada Stormy Daniels.

Daniels berkata wang itu diberikan untuk menutup mulut mengenai hubungan sulit beliau dengan Trump pada 2006. Dia telah mengaku membayar wang itu sebelum pilihan raya 2016 untuk menghentikan “tuduhan palsu dan peras ugut” tetapi menafikan sebarang pertemuan seksual.

Peguam Trump membuat beberapa percubaan yang tidak berjaya untuk menangguhkan perbicaraan bayaran tutup mulut itu, taktik yang mereka juga gunakan dalam tiga kes jenayah lain yang sedang dihadapi bekas presiden berkenaan.

Proses pemilihan juri di New York, sebuah bandar yang sangat demokratik, boleh mengambil masa beberapa hari, membabitkan ratusan orang akhirnya dikurangkan kepada hanya 12 juri dan enam alternatif. Keseluruhan perbicaraan, menyaksikan Cohen dan Daniels dijangka memberi keterangan untuk pihak pendakwaan, mungkin berlangsung sehingga lapan minggu.

Trump yang mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu, berdepan hukuman penjara maksimum empat tahun jika sabit kesalahan. – BERNAMA-dpa

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini