comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] 100,000 sertai perhimpunan solidariti Palestin di Washington

 

AMERIKA SYARIKAT : Kira-kira 100,000 penyokong pro-Palestin berarak di beberapa lokasi di Washington DC bagi mendesak gencatan senjata di Gaza.

Angka tidak rasmi dilaporkan media New York termasuk lokasi tumpuan di hadapan White House dan Manhattan.

Kira-kira 1,000 penyokong Pro-Palestin menghalang trafik di Dataran Herald di Manhattan sebelum bergerak menuju ke Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB dengan jumlah penyokong meningkat sekali ganda.

FOTO Reuters

Mereka yang hadir mengibarkan bendera dan melaungkan slogan pembebasan Palestin dan mendesak agar pembunuhan beramai-ramai ke atas penduduk di Gaza dihentikan.

Malah replika mayat yang dikafankan serta keranda dibawa sebagai tanda protes.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini